About Us: Yuyu Avenys

About Us: Yuyu Avenys

Nurul Hidayah atau lebih dikenali sebagai Yuyu, merupakan graduan ijazah kimia sumber dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada tahun 2008 dan pernah bekerja sebagai ahli kimia, penyelia kualiti tapak bina dan tenaga pengajar di beberapa buah sekolah menengah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Memulakan perniagaan bersama Avenys sebagai agen yang pertama mendaftar dengan modal RM2,500 pada Januari 2017, Yuyu menamatkan kerjaya sebagai suri rumah sepenuh masa. Bermula di rumah sewa ketika tinggal di Rawang, Selangor, Yuyu tekad menjalankan pengedaran produk Avenys selepas waktu bekerja suaminya iaitu di malam hari untuk aktiviti COD ke seluruh kawasan Lembah Klang kerana permintaan terhadap Avenys yang tinggi.


Setelah dinobatkan sebagai agen terbaik pada Februari 2017 dan menerima hadiah telefon bimbit berjenama Huawei P9, semangat dan keyakinan Yuyu semakin tinggi terhadap jenama Avenys kerana produk yang berkualiti tinggi dan harga yang sangat berbaloi.

Sepanjang karier Yuyu sebagai peniaga Avenys, Yuyu banyak belajar dengan founder Avenys iaitu Puan Aleeya Zailan dan Big Boss. Banyak tunjuk ajar dan pengalaman yang dicurahkan dari Avenys melalui Aleeya Zailan dan Big Boss terutamanya berkenaan produk, servis kepada pelanggan, membina rangkaian agen, termasuklah pengurusan akaun dan percukaian. Pembelajaran yang terperinci seperti ini ibarat dari kakak dan abang kepada seorang adik.

Selepas menaik taraf sebagai stokis Avenys dan seterusnya sebagai dealer Avenys, Yuyu melebarkan sayap sebagai pengedar barangan Avenys dengan mengambil agen di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Berbekalkan kemahiran memahami beberapa bahasa Borneo ketika berada di universiti UNIMAS, Sarawak, ianya memudahkan Yuyu untuk berkomunikasi dengan agen dan pelanggan yang berasal dari sana.

Pada tahun 2019, Yuyu telah menerima anugerah untuk melancong ke Jepun pada bulan Januari bersama-sama dengan Avenys dan stokis-stokis yang telah capai target jualan. Dalam tahun yang sama, Yuyu dapat ke Korea pula pada bulan Oktober. Dua kali melancong dalam tahun yang sama ditaja oleh Avenys! :)

Dengan ramainya agen yang mendaftar di bawah naungan Yuyu, maka tertubuhlah pasukan Golden Rose Team (GRT) iaitu agen-agen Avenys yang mendaftar dengan sah melalui dealer Yuyu, di mana bilangannya telah melebihi 450 orang agen Avenys. Dengan adanya kerjasama berpasukan ini memudahkan Yuyu untuk bersemuka sesama penjual Avenys, memberi tunjuk ajar seperti mana Yuyu terima dari Avenys dan memberi  galakan kepada agen-agen Avenys untuk terus kekal bersemangat dengan perniagaan dengan Avenys.

Setelah 5 tahun menjalankan perniagaan Avenys dari rumah, Yuyu buat keputusan untuk memindahkan perniagaan kepada kedai fizikal yang bertempat di Seremban 2 Height, Negeri Sembilan. Tindakan ini diambil bagi memudahkan agen GRT untuk datang ambil stok, membolehkan pelanggan untuk mencuba produk di samping membuat bayaran secara tunai dan kad kredit, serta memudahkan operasi dan pekerja-pekerja Yuyu untuk pembungkusan dan pengeposan. 

Yuyu Avenys 

Hasil usaha bersama memajukan perniagaan bersama dengan Avenys, Yuyu telah berjaya mengikuti program Umrah Avenys pada tahun 2022 bersama suami dan emak Yuyu. Sepanjang 17 hari berada di tanah suci, Avenys telah beri kenangan terindah dalam menjalankan ibadah umrah di samping melakukan ziarah di sekitar kota Mekah, kota Madinah dan bandar Jeddah dalam menghayati perjuangan Nabi S.A.W. dan para sahabat.

Selain umrah, hasil keuntungan yang Yuyu dapat turut disalurkan kepada beberapa badan amal, pusat zakat dan kepada orang-orang yang memerlukan, kerana dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita akan dapat di akhirat kelak.

Tahun 2023 telah memberi kejayaan kepada Yuyu untuk melancarkan laman sesawang sendiri iaitu avenysyuyu.com, di mana adanya sistem pembayaran secara ansuran 3 kali bayar bagi memudahkan pelanggan. Laman sesawang Yuyu juga mempunyai sistem komisen bagi agen-agen GRT yang mempromosikan laman sesawang Yuyu kepada pelanggan mereka.

Semoga di masa akan datang Yuyu akan terus kekal memberi khidmat pantas dan terbaik kepada pelanggan yang menggunakan produk Avenys.

Back to blog

Leave a comment